Selasa, 18 Januari 2011

pelekat AJRC!!!

pastikan setiap dari anda memiliki pelekat ini..mungkin ada yang bertanya bagi yang tak ada kenderaan boleh join tak? ajrc terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat..mungkin ada antara kita yang tidak mempunyai kenderaan contohnya murid sekolah rendah..tak jadi masalah..yang penting anda nak join..
ajrc ni ada aktiviti ker?
untuk pengetahuan umum ajrc ni hanya memerlukan kerjasama dari setiap ahli dalam menjayakan aktiviti..sama ada boleh bersama atau tidak itu tidak penting..yang penting jika sekiranya kita dapat memberi kerjasama dalam bentuk menarik ahli baru yang lain menyertai ajrc..
sapa yang boleh menyertai ajrc?
semua boleh menyertai ajrc sama ada lelaki, perempuan, peringkat umur terbuka.ahli paling muda dalam ajrc berusia 2 tahun..anak pengasas sendiri..aktiviti yang boleh disertai ialah memberi sumbangan kepada yang memerlukan..
bagi remaja bermotor..ada yang bertanya kepada pengasas ada konvoi atau pun tidak..
ok..untuk remaja bermotor..ajrc adalah team sukarelawan amal itu yang pertama diperjuangkan..tapi alang2 dah ada yang bermotor apa salahnya kita buat konvoi..sebagai aktiviti sampingan ajrc..seperti katakan ada kes kehilangan budak dan sebagainya..kita berkongsi wang dan masa utk buat salinan memo dan kita edarkan ke seluruh negara dengan keperihatinan team kita..sekurangnya ajrc dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita pada waktu itu..dan waktu begini lah baru ada mata yang memandang bahawa mat rempit dari sudut negatif..tetapi sebaliknya mengambil berat tentang permasalahan sosial yang berlaku..dengan kata lainnya 'MAT PERIHATIN'..
moga kita berjaya himpunkan 100ribu MAT PERIHATIN seluruh negara..
juga kepada semua yang rasa terpanggil untuk perihatin kepada agama, bangsa dan negara..terus berdaftar dengan ajrc..anda tak rugi beramal..tetapi rugi ramai tapi tak beramal..
sekian dari jari pengasas..salam sejahtera semua..