Selasa, 18 Januari 2011

kempen keahlian ajrc untuk pelajar!!!

berita sensasi untuk pengetua / guru besar sekolah-sekolah di seluruh malaysia..pihak ajrc sedang menjalankan misi pengambilan ahli di peringkat sekolah menengah dan rendah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang lebih perihatin dalam diri mereka..ini adalah satu usaha yang mampu disumbangkan oleh ajrc dalam membentuk masyarakat berbudi dan beramal..
tujuan diwujudkan ajrc ini bukan sekadar mencari keuntungan tetapi lebih jauh dari itu kami sedang memikirkan apakah program yang seharusnya dilakukan bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial yang semakin berleluasa masa kini..jika guru diamanahkan untuk mengajar, ajrc pula diamanahkan sebagai khalifatullah untuk membimbing sebaik mungkin insan yang bernama manusia..
kami akan cuba mendekatkan diri melalui program motivasi dengan pendidikan dan sebagainya dengan penglibatan pakar-pakar motivasi yang akan dijemput bagi menjayakan program yang dianjurkan..
di samping itu juga ajrc akan mengadakan cabutan berhadiah kepada mana-mana pelajar yang menyertai team sukarelawan cakna/perihatin ini..bukan hanya pelajar tetapi keluarga dan sekolah juga bakal menerima sumbangan dari pihak ajrc..
mohon kepada mana-mana sekolah yang ingin bersama dalam menjayakan program ajrc ini agar dapat menghubungi pengurusan ajrc iaitu pengasas ajrc faizul bin haji yusoff 0129648289..