kepada mana-mana ahli yang ingin memberi cadangan bernas sila hubungi abejoe.kami amat mengharapkan idea seperti lawatan tempat bersejarah dan sebagainya tanda cakna kita bukan sahaja kepada bangsa bahkan kepada negara.apapun yangkita lakukan pastinya akan menadapat sokongan dari bebagai pihak.peringkat awal, jika anda mampu memberi idea kepada kami..adalah besar jika sekiranya ia memberi titik permulaan dalam usaha murni ini.
mereka yang berjaya memberi idea-idea yang baik akan mendapat surat perakuan dari pihak ajrc.ajrc juga bercadang untuk mewujudkan beberapa unit khas bagi memenuhi aktiviti semasa:
unit dakwah
unit kebajikan sosial
unit media & sukan
unit komunikasi
unit kaunseling
pastinya lebih banyak unit akan diwujudkan bergantung kepada keperluan.ajrc bukan sahaja ingin mengumpulkan ahli seramai mungkin tetapi bertujuan untuk melatih remaja mengikuti aktiviti seperti perkhemahan, kursus pengurusan jenazah, kursus motivasi & kecemerlangan dan sebagainya.sekurangnya remaja-remaja yang menyertai ajrc ini didedahkan dengan aktiviti sosial..kerjasama dengan polis, bomba, jpa3 dan lain-lainnya akan disusuli.
insyaallah dengan berkat kesabaran dan doa sepanjang menjayakan komuniti ini, kita akan melihat hasilnya.