Khamis, 14 Januari 2010

apalah daya ajrc dalam usaha melaksanakan visi dan misi murni ini tanpa sokongan dari ibubapa penjaga..pastinya penganugerahan akan diberikan kepada ibubapa penjaga dengan penyertaan aktif anak-anak mereka dalam ajrc ini..ajrc juga menitik beratkan bidang akedemik yang membawa maksud ahli ajrc bukan sahaja aktif  dalam komuniti sahaja tetapi mampu memperolehi pencapaian yang membanggakan dalam akedemik sekolah.
bukan tujuan ajrc untuk melahirkan komuniti samseng dan memberi banyak masalah kepada agama, bangsa dan tanahair tetapi menjadi contoh yang bakal menobatkan mereka sebagai 'TOKOH AJRC' setiap tahun di perjumpaan yang bakal diadakan.
kalau komuniti lain mampu lakukan kenapa tidak kita..jangan sesekali malu untuk memperkenalkan ajrc ini kepada rakan terdekat kerana sokongan mereka mampu memberi sinar baru kepada kita semua..jangan hanya ingin menjadi ahli ajrc seorang diri..khabarkan berita gembira ini kepada semua..alangkah indah dunia ini jika semua remaja dapat berkumpul dalam ajrc dan membincangkan bagaimana untuk membuktikan kepada mata dunia remaja mampu melakukan perubahan..bukan lagi yang dikatakan musah negara tetapi pelapis negara yang mampu digandingkan bersama para intelektual lain..
banyak idea yang ajrc bakal kongsikan kepada anda..mungkin masa akan menentukan hala tuju komuniti ini..hari ini berbanggalah kita sebagai pejuang ajrc dan janganlah merasa lemah dengan kewujudan diri dalam ajrc..ini adalah satu langkah murni dan perjuangan yang mulia untuk bantu mereka atau sesiapa yang memerlukan..moga mendapat perhatian dari seluruh badan ngo di negara ini..
kalau ada rezeki ajrc akan mengembangkan sayap perjuangan ke indonesia..ini menggambarkan ajrc bakal menjadi penghubung antara dua negara berjiran dan memberi satu semangat nusantara pejuang bangsa..
tidak ada yang perlu dibimbangkan kerana jika sekiranya ada permasalahan yang ditimbulkan oleh ahli ajrc maka mereka akan diambil tindakan yang sewajarnya kerana bukan tujuan kita untuk menimbulkan huru hara kepada negara dan keluarga sekalipun..jangan merasakan dengan menyertai ajrc anda mempunyai satu 'geng' yang membantu anda bila berlaku pergaduhan dan sebagainya..pendekatan ajrc ialah melahirkan rakan cakna dan bukannya membuat bencana..salam kasih sayang dari ajrc kepada semua..ayuh terus perkenalkan ajrc kepada semua..hanya 30tahun dan kebawah menjadi tumpuan ajrc..mungkin jika dikira perlu akan dibuka kepada semua yang berminat..tetapi akan memakan masa kerana tumpuan ajrc untuk mendidik mereka yang diusia remaja..