Ahad, 6 Februari 2011

AJRC: KEBAJIKAN ATAU KONVOI

ada sesetengah pihak yang agak kurang faham mengenai kewujudan ajrc ini..ada yang menganggap ianya satu kelab permotoran..sehingga ada yang bertanya kepada pihak ajrc..adakah ajrc menyediakan kemudaha towing dan sebagainya..ajrc amat berterima kasih kepada mereka yang bertanya demikian kerana sekarang memang banyak kelab motor tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan..
untuk pengetahuan bersama ajrc ni adalah kelab kebajikan..fokus kita yang utama ialah melahirkan seramai mungkin ahli kita yang mempunyai semangat pro-jariah walau hanya serendah rm3..ada jugak yang bertanya kepada ajrc adakah boleh kalau nak menyumbang lebih dari itu..ajrc dengan rela hati menerima sumbangan tersebut..tetapi nak menyumbang camana kalau belum join ahli..kita menggalakkan lebih ramai ahli bersama ajrc kerana ini membuktikan sokongan anda kepada ajrc..
ajrc tidak mengenepikan aktiviti ahli seperti riadah dan sebagainya tetapi apa yang harus diambil perhatian..ajrc adalah team kebajikan dan bukanya permotoran..walaupun begitu ajrc tetap akan menjalankan aktiviti konvoi dan sebagainya bagi memberi keceriaan dan kebebasan kepada ahli tetapi ianya dikendalikan oleh leader atau pun leader kawasan yang telah mendapat mandat dari ajrc..
ajrc akan mengadakan aktiviti yang akan melibatkan zon dan sebagainya..maklum saja lah ajrc melibatkan ahli seluruh malaysia..kalau ajrc hanya tumpukan konvoi saja apa kata ahli yang bertaraf ustaz dari pondok2 moden..mesti mereka juga inginkan program dakwah dan sebagainya..bertepatan dengan perlantikan leader dan leader kawasan yang diberi mandat oleh ajrc..maka mereka lah yang akan memastikan perjalanan program di kawasan masing2 berjalan lancar..
perancangan dan perlaksanaan setiap leader dan juga leader kawasan mampu memberi satu kelebihan untuk melayakkan mereka mendapat kebenaran memakai baju berwarna yang telah ditetapkan oleh ajrc..