dengan niat yang suci kita mulakan langkah ini bagi tujuan membantu..kadang2 allah memberi ujian terhadap kita sebagai insan lemah ini dengan berbagai cubaan dan dugaan..teman tinggalkan kita kerana kita susah..rakan sisihkan kita kerana kita menyusahkan..sahabat pinggirkan kita kerana membuntukan fikiran mereka..itu mungkin satu langkah pertama untuk kita diuji dan terus diuji..apa pun dalam apa saja tujuan yang kita ingin lakukan memungkinkan kita melalui semua ujian ini..
allah akan menguji tahap kesabaran kita dalam menjalani hidup ini..tapi semuanya ini ditempuhi dengan hati yang pasrah dan redha..ajrc tetap diteruskan kerana ramai lagi mereka diluar yang lebih teruk kehidupannya..sehingga mereka tidak dapat makan walau sesuap nasi dan seteguk air..
harapan kami..jangan kerana kemewahan, kesenangan kita hari ini..kita melupakan mereka diluar sana yang mengimpikan kebahagiaan dalam menempuh hidup mereka..
ajrc ingin melihat mereka semua berjaya di masa hadapan..dana yang diperolehi hasil dari sumbangan ahli akan disumbangkan kepada mereka dalam usaha merealisasikan impian murni mereka..
mungkin ada di kalangan kita yang senasib dengan mereka..tetapi saat yang paling berharga bagi setiap insan utk mendapat ganjaran yang besar dari allah ialah menghulurkan bantuan di waktu kita juga perlukan bantuan..
jangan tunggu kita senang dan mewah baru kita rasa utk hulurkan bantuan..sama ada bantuan kewangan, masa dan tenaga bukan menjadi pengukur keikhlasan diri kita..
ayuh kita sesama bantu mereka yang memerlukan..allah bersama orang-orang yang sabar..