Khamis, 1 Julai 2010

Sukarelawan Bomba AJRC

ajrc akan mengadakan pengambilan ahli untuk mewujudkan Sukarelawan Bomba AJRC di setiap negeri dan daerah..
ianya bertujuan untuk memastikan ahli ajrc dapat didedahkan kepada asas kebakaran dan penyelamat..ajrc bercadang untuk memberi perhatian awal kepada remaja bermotor yang mempunyai potensi besar untuk membantu pihak bomba dalam situasi tertentu..
suatu masa dahulu abejoe pernah bertemu dan bersemuka dengan Tn Ali dari Balai Bomba Kelantan..beliau sangat bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan team sukarelawan yang terdiri dari remaja bermotor dan juga menerima cadangan untuk mendekatkan diri remaja kepada Bomba dan Penyelamat..
moga tujuan murni ajrc akan mengurangkan gejala sosial dan mewujudkan remaja bijak dan cakna dan masyarakat..