kepada semua ibu bapa ahli ajrc..
sokonglah perjuangankami ini untuk memastikan seramai mungkin remaja di negara ini dapat bersama dalam usaha memajukan diri dalam program ini..kami amat berharap agar apa saja yang dirancang dalam program ajrc ini mendapat sokongan dan restu dari ibubapa ahli..mungkin di peringkat awal tidak ada apa-apa perubahan dalam hubungan sesama ahli..tetapi yakin dan percayalah dalam usaha niat yang murni dan bersih ini..bila ahli ini dapat mengenali antara satu sama lain dan mereka faham apa yang perlu mereka lakukan dalam ajrc ini pasti perubahan akan berlaku..
remaja biasanya akan lebih mesra bila berada sesama mereka..mereka mampu melakukan perubahan melalui pergaulan..alangkah senangnya hati kita jika dapat melihat perubahan anak remaja kita ini melalui perancangan peradaban yang bermotifkan kasih sayang, hormat menghormati sesama remaja..pasti ianya dapat menjalinkan ukhwah islamiah berpanjangan sesama mereka..
sama-sama doakan kejayaan ajrc untuk mengumpulkan seramai mungkin remaja dalam menjayakan aktiviti kebajikan..hubungan antara ibuabapa dan ajrc juga amat diharapkan..jika mereka dapat memberi contoh terbaik kepada masyarakat jeling-jeling lah ajrc..kalau salah langkah semasa anak-anak tuan berada dalam ajrc..tinjau-tinjaulah mereka..
apapun ayuh kita sama-sama didik anak bangsa untuk kesejahteraan bersama..