tengah sembang-sembang dengan rakan cakna..terlontar cadangan dari salah seorang rakan cakna yang agaknya berkomitmen la jugak
"kalu kita cuci kubur guano abejoe".
"molek jugak"
benda gini sebenarnya datang dalam keadaan sepontan. jadi abejoe rasa patut kita adakan program seperti ini..walaupun ahli 50 orang dapat join 10 orang bagi program cuci tanah perkuburan ni pun kira dah ok..
apa yang perlu sekarang ialah abejoe nak lantik siapa yang boleh jadi penyelaras pada hari tu..tarikh mungkin dalam cuti sekolah..dan waktu mungkin pagi..sebab orang tertentu je yang boleh bangun pagi..kalau nak tunggu semua bangun baru nak buat memang tak buat la jawabnya..
abejoe akan bincang dengan beberapa orang leader untuk aktiviti ini dan pastikan segalanya berjalan lancar..
abejoe amat berharap agar semua yang bakal menjayakan program ini lebih terserlah keyakinan dengan menarik lebih ramai lagi ahli ajrc demi sebuah perjuangan dan perpaduan..
kita buktikan anak muda remaja ajrc mampu lakukan yang terbaik..dan selepas ini kita raikan mereka dalam majlis yang cukup sederhana tapi meriah..
apa bentuk majlis tersebut kita rahsiakan kerana kalau sebut mesti lah ramai yang nak berbakti sedangkan benda ni dah jadi tak ikhlas..
jumpa kita di program tersebut..