Jumaat, 8 Januari 2010

Pengambilan AHLI AJRC 2010!!!

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Abe Joe 012-957 5251.
Tujuan Group ini diperkenalkan ialah untuk memberi gambaran betapa pentingnya berada dalam satu kumpulan yang besar dan kita mampu melakukan banyak perkara berbentuk kebajikan sosial dan sebagainya.AJRC juga merancang untuk menjalankan aktiviti Bulanan, Dwi Tahunan & Tahunan bagi melancarkan lagi pergerakan group ini.
Sertailah group ini untuk kebahagiaan bersama dan jangan biarkan saudara mara kita berada dalam kesengsaraan. Hulurkan bantuan seikhlas mungkin ibarat kata pepatah "Cubit Peha Kiri, Peha Kanan Terasa"
Jayakan AJRC ini moga Allah memberi keberkatan kepada kita semua suatu masa nanti.
Bagaimana cara pergerakan AJRC:-
Katakan salah seorang ahli AJRC berada dalam kesusahan, sesama ahli akan bertindak membantu untuk kebaikan.Hanya kejadian yang benar sahaja akan diberi perhatian oleh pihak AJRC.Katakan diwaktu itu keahlian AJRC semasa 100,000 orang. Bila disiarkan berita tersebut maka atas kesedaran dan tanggungjawab sesama ahli akan menyalurkan sumbangan kepada ahli tersebut. Katakan setiap ahli menyumbang $1 x 100,000 orang = $100,000.00. Ini satu kerja amal yang seharusnya dilakukan oleh setiap ahli yang berada dalam AJRC.
Begitu juga jika sekiranya negara mengalami bencana alam dan sebagainya. Inilah rasa cakna yang seharusnya kita buktikan kepada setiap insan di dunia ini dalam membantu mereka yang memerlukan.