3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim). PPM-012-03-07022012
Jumaat, 15 Januari 2010
kadang-kadang bila kita dekatkan remaja ini dengan warga emas, anak yatim dan melakukan aktiviti amal setidak-tidaknya terpanggila untuk mereka memikirkan masa depan mereka..sekurang-kurangnya kita tidak hanya tahu menyalahkan mereka tetapi mempunyai ider untuk membantu mereka dalam menjalani hidup sebagai seorang remaja..ajrc juga terpanggil untuk mewujudkan unit-unit yang berbeza mengikut kegemaran mereka..jika sekiranya mereka minat untuk futsal,bolasepak,badminton dan sebagainya..kita akan wujudkan aktiviti cergas seperti ini..mungkin sudah ada badan seperti rakan sukan yang memikirkan perkara seperti ini..tetapi bagi ajrc pendekatan berkumpulan dengan kata lainnya permainan yang dimainkan sesama rakan cakna..lain la caranya..mungkin riadah sambil mengambil kesempatan untuk berbincang sesama mereka bagaimana untuk itu dan ini..insyaallah segala yang dirancangkan ini bakal memberi seribu manafaat kerana kewujudan ajrc ini adalah kesedaran pengasas untuk memastikan remaja malaysia tidak liar seperti yang diberitakan seperti ini..bantuan idea dari anda selaku pelawat blog juga amat kami sanjung..dan sebelum ini pengasas pernah menjalankan aktiviti amal seperti derma darah bersama hospital kota bharu dan remaja cakna pada masa itu berjaya menyumbang lebih dari 60 pack darah dan ini membuktikan walau mereka dikenali sebagai watak hitam tetapi mereka juga mempunyai nilai kemanusiaan yang ingin membantu insan lain yang memerlukan darah mereka..begitu juga pengasas pernah menganjurkan satu lawatan ke rumah warga emas di kutan,tumpat kelantan..dengan sumbangan ikhlas ahli berjaya jugak kita memberi sekadar mampu kepada warga emas tersebut..dan kita terlebih dahulu ucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang remaja kita yang sanggup memberi idea tersebut setelah terserempak dengan warga emas tersebut terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan makanan..dan menumpangkan makcik tersebut hingga ke rumah..walaupun remaja tersebut memang dipandang serong oleh penduduk kampung selama ini, kini bermula titik ceria atas keperihatinan yang dilakukan oleh beliau..jangan kita berfikiran mereka tidak mempunyai perasaan..mungkin kalau kena dengan cara yang dilakukan..remaja ini lebih perihatin dan mampu memajukan komuniti ini..moga lebih ramai remaja yang berjiwa seperti remaja tadi..tahniah Mohd Hamdan dari Kg Kutan, Tumpat Kelantan. Jasa Mu Di Kenang..