Dari hari ke hari aj amat berharap kepada semua pelawat blog ini utk menjemput seramai mungkin rakan dan sahabat utk bersama ajrc.
Tak ada sebab lain hanya utk mewujudkan sebuah komuniti yang bertanggungjawab untuk menjayakan program kemasyarakatan bersama.
Ramai yang memberi alasan tsk ada masa untuk menyertai program kemasyarakatan ini. Tetapi bagi aj ianya mampu diatasi bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti harian seperti pelajar, pekerja dan sesiapa sahaja.
Hanya menyalurkan sumbangan amal kepada ajrc seikhlas mungkin anda sudah dikira sebagai menjayakan aktiviti kemasyarakatan ajrc.
Moga lebih ramai yang akan faham dan pencerahan ajrc akan sentiasa disediakan utk anda yang masih Meneka Dalam Kesamaran.
3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim). PPM-012-03-07022012