Rabu, 10 Disember 2014

SELAMAT DATANG 2015

Tahun 2015, ajrc akan cuba membentuk sebuah komitee yang berkomitmen dan akan memberi jalan yang cerah kepada ahli untuk menjalankan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan juga aktiviti keusahawanan. Yang pastinya ajrc akan melahirkan ramai usahawan dan juga aktivis kemasyarakatan yang mampu menempa nama di persada NGO yang semakin gah sejak kebelakangan ini.
Selaku pengasas ajrc, aj amat berharap dengan tibanya tahun 2015 ini bermakna setahun lagi ajrc melangkah ke zaman kematangan dengan pertambahan ahli yang drastik. Ini akan memberi lebih pilihan kepada ahli dan juga sukarelawan ajrc mengambil kesempatan utk terus merancakkan lagi aktiviti dalam ajrc ini.
Sama-sama kita doakan agar ajrc terus berada di landasan yang tepat dan mampu dijadikan sebagai 'role model' kepada NGO lain yang sedang meningkat naik. Di usia 8 tahun ini ( 2007 - 2015), kami yakin dan percaya ajrc mampu mendapat tempat dihati seluruh masyarakat dunia dengan moto perjuangan "Bersatu Untuk Membantu" (Unite To Help)..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015..