Isnin, 24 Jun 2013

RIADAH BERSAMA AJ

zam & e-e
alif & amirul aliff
LATIHAN PERMULAAN YANG MENAMPAKKAN KESUNGGUHAN AHLI
 aktiviti riadah berjalan seperti biasa..selepas solat isyak malam nisfu syaaban, latihan kami berjalan seperti biasa..maklumlah busy dengan 'outstation' abejoe sempat meluangkan masa untuk berlatih sama..
apapun kehadiran pada malam tersebut menggalakkan..latihan yang diadakan ini adalah permintaan ibubapa penjaga di kawasan jalan kelochor yang mana kami namakan gelanggang ini sebagai gelanggang panglima hitam kg kelochor kota bharu kelantan..melatih dan mendidik anak bangsa bukan satu kerja yang mudah..tambahan pula ia seni mempertahankan diri bangsa melayu yang sukar diterima oleh masyarakat kerana dikatakan sudah tidak relevan dengan masa sekarang..tetapi apa saja yang berlaku bakal diteruskan oleh abejoe selaku jurulatih yang ditugaskan untuk mengembangkan seni bangsa ini hingga ke titisan darah terakhir..
CAKNA kami kepada anak bangsa menampakkan positifnya bila beberapa gelanggang lain di sekitar bandar kota bharu mula positif melalui penyertaan ahli..
insya allah apa yang berlaku akan memberi kesan abadi yang mampu di kenang selamanya..amin