Selasa, 9 Ogos 2011

ramai yang tak faham dengan ajrc

selaku pengasas, telah menjadi tanggungjawab untuk menghuraikan kekeliruan yang timbul dipemikiran ramai insa di luar sana..

ada yang memberi tanggapan kalau menyertai ajrc mereka akan kehilangan insan tersayang sebab komitee ini tidak membenarkan mereka utk bersama dengan teman mereka yang sebelum ini..
jawapannya : tidak..ajrc tidak ada hak untuk menghalang anda bersama dengan mereka..ajrc team kebajikan.

bila bersama ajrc, kita kena hormat kepada leader yang berstatus dan perpangkat dalam ajrc..
jawapannya : tidak..kami manusia biasa dan menjalankan aktiviti kebajikan..

kenapa tidak membawa mereka yang belum lagi menyertai pertubuhan / kelab lain..
jawapan : kami memberi peluang kepada mereka melakukan aktiviti amal dan bukan nak 'tune' kepala mereka..

kalau bersama ajrc, kita wajib hadir majlis perjumpaan ke..
jawapannya : tidak..ajrc tidak ada hak untuk paksa anda hadirkan diri ke majlis ajrc sedangkan ada antara kita pun tidak terasa terpaksa utk solat berjemaah di masjid..

kalau join ajrc kena beri sumbangan rm2 sebulan ke..
jawapan : tidak..selagi ada sesama islam kita yang masih ragu untuk membayar zakat, apa kisahnya dengan ajrc..

kenapa join ajrc ada laksamana, temenggong, bendahara, kekanda, anakanda, ayahanda..
jawapannya: gelaran ini ajrc berikan kepada mereka yang cemerlang menjalankan aktiviti kebajikan dan bukan sebaliknya..ingat..ajrc untuk kebajikan..membantu mereka yang memerlukan..memang selayaknya mereka yang seharian memikirkan siapa yang patut di bantu dalam hidup di anugerahkan pangkat seperti ini..

kalau join ajrc tak nak jadi leader tak per ke..
jawapan : tak apa..ajrc tak paksa sebab kita tahu ramai yang diluar sana melihat pemimpin satu tugas dan tanggungjawab yang besar..sedangkan masa darjah 1 lagi cikgu dah latih kita..dilantik ketua darjah untuk menjaga 30 murid..inikan ajrc hanya 10 rakan tu pun ketika di usia sekarang..

kalau join ajrc kena minta kebenaran ibubapa ke..
jawapannya : kadang2 mereka yang berfikiran begini memang patut bersama ajrc..sebab kalau kita lihat ramai kawan kita diluar sana yang melakukan gejala sosial seperti merokok, merempit, berpacaran langsung tak ingat nak tanya ibubapa..tapi bila dan wat kerja amal mereka terasa lak nak tanya..syukur..

kalau join ajrc kena cari orang ke..
jawapan : ajrc bukan multilevel..tak payah cari..hanya cerita jer..kalau kawan nak..suruh dia daftar kalau tak nak redha jer..

kenapa orang tak minat dengan ajrc..
jawapan : selagi ajrc jalankan aktiviti amal selagi tuh lah ramai yang tak minat..islam anjurkan utk kita lakukan perkara baik tinggalkan perkara yang mungkar pun masih ramai yang melalukan kemungkaran..lakukan kemungkaran cukup mudah..nak lakukan kebaikan kena ambil masa fikir fikir fikir..

kenapa ajrc tak der perjumpaan..
jawapan : perjumpaan ajrc sering diadakan dalam keadaan tidak sedar..contohnya 1 leader selalu bertemu dengan 10 rakan dibawahnya..pun di kira perjumpaan..sama2 bincangkan apa yang nak dilakukan untuk kebajikan..

kenapa ajrc tak ader konvoi..
jawapan : ajrc bukan team permotoran..kami team kebajikan..ajrc kena fikir panjang apa kata team tahfiz dalam ajrc, team korporat, takkan semua nak ikut konvoi..nak adakan boleh..atas komitmen leader..

abih tu apa yang ajrc nak..
jawapannya : ajrc nak kumpulkan komitee seluruh malaysia untuk sanggup memberi sumbangan sebanyak rm2 seorang utk jayakan program amal ajrc..

cukup ke rm2..
jawapannya : ajrc sedang kumpul komitee seramai mungkin..rm2 x 10ribu ahli = rm20ribu..dapat sediakan tempat wudhu tambahan masjid pun ok..beli naskah al-quran pun ok, bayar bil elektrik & air masjid pun ok..jadi kalau dengan cara gini sesapa yang nak join ajrc tak payah nak pikir lebih2..
beli stiker tanda sokongan..hanya rm2 sebulan tu pun tak wajib..
tepuk dada tanya iman..
kalau sudi katakan sudi tidak ajrc ternanti2; 200 x cabutan sedia menanti 20x cabutan umrah sematkan dihati..

fikir panjang beralasan dan lambat bertindak bukan sahaja menunjukkan kegagalan untuk anda membuat keputusan dalam ajrc..bahkan anda juga gagal untuk bertindak di medan juang nanti..