Isnin, 18 April 2011

AJRC For All!!!

Perkembangan terkini AJRC di seluruh Malaysia menampakkan satu pergerakan yang aktif..apapun segala yg dirancang mampu dilaksanakan..
Dengan kempen yang dijalankan sepanjang tempoh ini mampu menarik minat ahli seluruh negara..
Kempen Jualan Amal Stiker AJRC yang dijalankan adalah bertujuan meramaikan ahli berkomitmen.
Setiap ahli yang menyumbang kpd AJRC sebanyak RM10 berpeluang mendapat cabutan sebanyak 200 kali..sehingga keahlian 1 Juta..
Cabutan setiap keahlian mencapai 5000 ahli..
Keahlian 50,000 akan memberi peluang kepada ahli menerima Cabutan Bertuah sebuah Proton Saga..AJRC juga menjanjikan sebanyak 20 buah Proton Saga sehingga keahlian 1 juta..
Keistimewaan ini hanya untuk ahli AJRC yang sanggup memberi sumbangan sekali seumur hidup kepada mereka yang memerlukan..
Golongan sasar yang diambil perhatian oleh pihak AJRC ialah Anak Yatim,Warga Emas,Keluarga Miskin,Pesakit Kronik yang memerlukan bantuan mengikut kemampuan dan Dana Kebajikan AJRC.
AJRC juga akan memastikan Kempen Derma Darah dapat dilaksanakan tiga bulan sekali bagi membantu Tabung Darah Hospital di setiap negeri..
AJRC akan memastikan seramai mungkin ahli dapat menderma dan menjadi penderma cakna di setiap negeri..
AJRC mengalukan setiap negeri,jajahan dan kawasan diseluruh negeri dapat melahirkan seramai 10 orang ahli AJRC di setiap kawasan..
AJRC juga mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan di antara ahli dan Pengasas dalam satu majlis silaturahim yang dikenali sebagai "Makan Malam Bersama Pengasas" di setiap negeri..
Ianya bertujuan memberi peluang kepada Pengasas untuk mengenali pemimpin dengan lebih dekat..Program ini akan diadakan setiap bulan bagi meraikan mereka yang berjaya memperkenalkan AJRC kepada 10 orang..
Dengan adanya Jualan Amal Stiker AJRC memberi satu sinar kepada mereka yang berminat utk lebih berkomitmen suatu masa nanti..
AJRC mensasarkan keahlian seramai 1 juta sebelum Disember 2011..Semoga perancangan dan perlaksanaan AJRC diredhai dan direstui oleh Allah SWT..