berjuang menyambung tradisi melayu dan pusaka gayong bukan satu tugas mudah..abejoe bergerak dalam situasi yang begitu tertekan..mungkin tidak ramai yang mengenali abejoe..abejoe bukan sehebat yang disangka..tapi punya semangat juang yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..demi mengembangkan silat pusaka gayong abejoe sanggup melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk bersama anak bangsa memastikan pusaka gayong bertapak kukuh di sekolah-sekolah di negeri kelantan..
kerana cinta, abejoe sanggup membiarkan diri terbakar..abejoe bukan seorang yang berada..tetapi mempunyai semangat juang yang tinggi..dari mula2 menjadi jurulatih, abejoe hanya seorang pesilat yang pada mulanya mengajar hanya berjalan kaki dari rumah ke sekolah..dan berbasikal pemberian guru silat..abejoe mengambil masa bertahun untuk mengenali dunia kejurulatihan..mengajar tanpa rasa jemu..hujan panas ribut dan petir tetap ditempuhi demi gayong..
berbagai rintangan dan fitnah yang terpaksa ditempuhi oleh abejoe..berpantang undur sebelum tewas di medan juang..hanya abejoe yang tahu susah senang mengembangkan silat di negeri kelantan ini..
abejoe tak seperti guru lain yang mempunyai punca pendapatan lain..hanya mengharapkan yuran yang disumbangkan oleh anak murid..abejoe pernah 'berlapar' untuk meneruskan hasrat menjadi seorang guru dalam gayong..
kerana sayang kepada dunia persilatan terutamanya gayong..abejoe kini masih bergayong..dulu kini dan selamanya..gayong tetap diperjuangkan..
wasalam...