Isnin, 21 Jun 2010

BERSAMA AJRC MENYELAMI JIWA MEREKA YANG MENDERITA

kepada mana-mana individu yang ingin bersama menjayakan aktiviti amal ajrc boleh menghubungi pengasas di talian 0129648289..sebagai seorang insan yang ingin berbakti kepada masyarakat,,ayuh kita sama-sama kita ramaikan komuniti ini..kami amat berharap agar ianya menjadi satu wadah perjuangan kearah membentuk komuniti yang perihatin..
mungkin ada yang kurang faham dengan pergerakan ajrc ini..
ajrc akan menjayakan apa saja program yang berbentuk cakna atau perihatin terhadap mereka yang memerlukan seperti golongan anak yatim warga emas keluarga miskin dan sebagainya..sebagai aktiviti bulanan ajrc akan cuba memastikan setiap negeri akan mengadakan satu program amal..ini bermakna dalam sebulan ajrc akan mengadakan 14 aktiviti amal di 14 buah negeri di negara ini..
ajrc akan berbincang dengan wakil-wakil negeri untuk tujuan tersebut..setakat ini masih ada kekosongan di beberapa buah negeri dan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil di negeri masing-masing sila berhubung terus dengan pengasas..
kami amat berharap ajrc akan menjadi sebuah komuniti paling aktif di malaysia..dan dalam usaha kita menjayakan program yang murni ini..sama-sama kita pastikan lebih ramai yang akan menyertai ajrc ini..lagi ramai lagi meriah kerana setiap program yang disertai oleh ahli akan membuktikan bahawa komuniti ini memang satu team yang luar biasa..
bagi anda yang tidak mempunyai kelapangan untuk bersama program yang dianjurkan..anda boleh memberi sumbangan ikhlas kepada program tersebut..kami akan cuba pastikan setiap program yang dianjurkan akan mendapat sumbangan ikhlas ahli semaksima yang mungkin..