Ayuh Rakan Cakna AJRC...jangan lepaskan peluang untuk mendapat cenderamata dari ajrc jika sekiranya anda berjaya merekrut ahli seperti yang telah ditetapkan.ajrc bertujuan untuk memastikan mendapat keahlian seramai mungkin dengan menawarkan hadiah yang pastinya dapat memberi seribu makna kepada semua ahli ajrc yang mencapai target walaupun tidak seberapa.
ajrc akan cuba sedaya upaya melahirkan seramai mungkin asst.komandan di negeri kelantan bagi membantu pihak ajrc dalam usaha melahirkan seramai mungkin rakan cakna.
ajrc akan pastikan lebih ramai rakan cakna dapat dilahirkan diseluruh malaysia.ajrc sedang merancang untuk mengadakan kempen derma darah setiap jajahan dan negeri bagi membantu tabung darah negara dengan keperihatinan ahli ajrc.
Perjumpaan Asst Komandan akan diadakan setiap sebulan sekali jika dikira perlu bagi memudahkan kerja perancangan dan perlaksanaan ajrc global.
Kepada ahli biasa yang baru menyertai ajrc diharapkan dapat mencapat target asst komandan dan anda adalah harapan kami sebagai sebuah komuniti yang berjuang untuk memastikan nasib mereka yang memerlukan terbela.