Hayati Lirik Lagu Ini...APAKAH PERASAAN IBU YANG MELAHIRKAN KITA MELIHAT KITA MENJADI SEORANG INSAN YANG BEGITU CAKNA KEPADA IBUBAPA DAN SELURUH MASYARAKAT DENGAN MEMBUKTIKAN KEPERIHATINAN MELALUI KOMUNITI INI.
Apalah erti hidup tanpa mereka berdua,sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kita diwaktu kecil.
jangan lupa jasa mereka dan ingatlah titis darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah titis susu yang telah disusukan kepada kita dimasa kita kecil.Walaupun mereka telah pergi meninggalkan kita, selagi darah mengalir dalam denyut nadi ini, itu lah darah ibu kita yang akan bersama kita sehingga akhir hayat kita.
Selamatkan mereka dari azab neraka dan bencana dunia..ayuh sahabatku, kita doakan kebahagiaan mereka yang bergelar ibu bapa tak kira siapa mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.
Ayuh kita perihatin kepada seberapa ramai anak-anak yatim yang tidak sempat memeluk dan mencium ibu bapa mereka seperti kita. Syukurlah kita kehadrat
Allah Taala kerana masih punyai ayah ibu..